Tuesday, April 26, 2011

SE X Arc vs Samsung Galaxy vs Nokia ?

Salam 1Malaysia..

huh.. tinggi tol spec HP aku cr untuk tahun ni.. mau tak nyer.. rasanya patut dh tuka dh K810 aku nih.. screen dh gelap dan casing dh pecah.. tanda2 nak ganti baru..

So aku masuk la ke mobile88.com dh wat quick search berdasarkan spec yg aku nak.. cuma dua jer yg aku pilih.. mesti ada WIFI (mudah nak bertenet) dan 3G (nak menjeng2 ngan pn wifey).. dan list semua di atas masuk dalam search result tersebut.

Setelah dibuat perbandingan spec dan performance.. ADAKAH?

Xperia Arc


atau?

Galaxy S



atau?

ukur baju badan sendiri..

World's Most Popular handphone





hikhik.. cmni la bila BONUS dh masuk.. berangan-angan dlu.. tapi bila dh tolak itu dan ini.. byk pertimbangan kena buat.. so.. tgk ajer la cmne.. siapa pengganti SE K810i aku ni..

Agen AirAsia

ni nak habaq mai..

demi menjimatkan ruang serta staff termasuk gaji, elaun makan serta elaun kena marah ngan pelanggan, maka AirAsia di LCCT KLIA, memperkenalkan pendekatan terbaru untuk mendaftar masuk ke penerbangan mereka. Dengan ini AirAsia akan menggantikan servis mesra pelanggan dengan sistem pendaftaran terkini iaitu pendaftaran on-line, mobile check-in dan kioks check-in.. Perubahan kepada sistem ini menunjukkan AA sangat komited dgn kemajuan teknologi.. selamat tinggal kepada staff yg lembab dan yang penting.. jimat dh nak bayar sewa kaunter ngan MAB.









so.. sesiapa bwk beg boleh la dropkan beg kat kaunter yg disediakan..

maka dengan itu la juga, pihak penaja ingin sekali lagi mengingatkan bahawa kaunter pendaftaran dibuka 2 jam dan ditutup 45 min sebelum waktu jadual penerbangan. Sebarang kelewatan sila ready untuk beli tiket baru.. HIKHIK..

Saturday, April 16, 2011

10 kelebihan ilmu berbanding harta

1. Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu adalah pusaka nabi-nabi, manakala harta adalah pusaka Qarun dan Firaun.



2.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu memelihara kamu, tetapi kamu pula yang memelihara harta.



3.Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang yang berilmu ramai taulannya dan sebaliknya orang yang berharta ramai seterunya.



4.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu apabila dinafkahkan akan bertambah, tetapi harta pula apabila dinafkahkan akan berkurangan.



5.Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang yang berilmu diseru dengan nama yang mulia, manakala orang yang berharta diseru dengan nama bakhil.

6.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu tidak perlu dipelihara daripada pencuri, tetapi harta perlu dipelihara daripada pencuri.




7.Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang yang berilmu akan diberi syafaat diakhirat nanti, manakala orang yang berharta akan dihisab hartanya.




8.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu tidak akan binasa, manakala harta pula akan binasa.

9.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu itu melembutkan hati dan harta pula mengeraskan hati.



10.Ilmu lebih baik daripada harta kerana yang berilmu mendakwa kehambaan dan yang berharta mendakwa ketuhanan.

pak ngah : tak punya harta beribu juta, cuma dh dpt harta bernilai seumur hidup, pn wifey dan masih mencari ilmu duniawi n ukharawi..

MH8888

Satu sejarah baru bg Malaysia Airlines apabila menerima baby besar yg terbarunya iaitu pesawat A330-300. Rego 9M-MTA sebenarnya dah mendarat buat pertama kali di KLIA awal April dan terus ke hangar untuk persediaan majlis rasmi penerimaannya yang dilangsungkan dengan gilang gemilang pada 14 April 2011. Aku cukup bertuah menyaksikan kedua-dua event tersebut kerana.. err.. korang sendiri la pikir.. layan pic yer!!



9M-MTA nama diberi


MH8888 cleared to land..

Maka tiba la harinya.. 14 April 2011.. hari gilang gemilang bagi MAS, dimana acara rasminya menerima serta ditunjukkan kepada wakil2 media baby baru mereka ini. Acara bermula dengan melakukan penerbangan sulung dengan membawa wakil media, stake holder dan MOT selama 30 min pada paras 3000ft mengelilingi Lembah Klang cuci2 mata sebelum kembali ke KLIA. Itu pun dh delay dekat 40 min gak la. Agak2 dalam 1140lt 9M-MTA mendarat dengan selamat untuk event rasmi bg kapal terbang yang pertama kali mendarat iaitu water cannon salute ceremony..


suriram.. ram..ram suriram..ram..

setelah itu kapal terbang itu dibawa masuk ke hangar 5 MAS untuk acara seterusnya.. lantakla diorg.. tapi bila dh berdiri dpn kapal terbang yang baru, maka aktiviti utama adalah.. bergambar.. apa yang aku blaja dari aktiviti bergambar kali ni dr kak wan ialah.. berdiri senget untuk mengelakkan dr nampak gemuk!!



tak dpt naik, bergambar kat tangga pun jadi laa..



tak dapat pilot, stewardess pun jadi.. kan nal?



pose senget, tak nampak gemuk kan?