Tuesday, February 12, 2013

Mula berkayuh itik..

Aku agak2 la.. semenjak duduk Shah Alam mmg gerek aku jd bahan pertunjukan muzium.. aku try 2-3 g kayuh.. cm x selesa.. mungkin sbb aku rasa udara kilang kt sana x berapa elok dan lalu lintas yg sangat membahayakan diri.. tp pikir2 balik.. tu semua poyooo.. alasan malas.. btw.. aku tgh amik feel kt bangi untuk mula berkayuh semula.. lg pun dh ada geng.. family Pn NFM kt bangi ni pun dh insap ngan kepentingan berkayuh.. sgt osem okeh.. ptg td 1st time ikut diorg menawan bukit bukau di dalam kampus UKM.. 15km buat kali  pertama sejak 3 thn gantung gerek mungkin boleh dibanggakan.. dan hasilnya.. muscle satu badan aku mlm ni mulai ketat dan menyengalkan.. mencik tol.. 

Monday, February 11, 2013

Alhamdulillah.. discharged jua

Akhirnya setelah 5 hari 4 mlm bertapa di DEMC Shah Alam, Pn NFM dgn gembira nya boleh balik.. doc Zambri mulanya nk tahan semlm lg sbb esoknya nak kena refer ngan surgeon doc Lukman, tp sbb dh Pn NFM sgt bosan duduk spital dan sgt2 rindu duduk kt umah dia lepaskan dan reschedule visit ktorg pd dua2 doc ni pd 25 feb akan datang.. alhamdullillah syukurrr.. layan pic org xcited nk balik umah.. aku nk wat pengakuan sepanjang 5 hari tu aku mmg sehelai sepinggang dr.. smpi seluar baggy tu pn NFM komplen busuk.. aku just bwk kain jer u solat.. aky pun x sangka boleh xtend smpi 5 hari pakej bercuti kat DEMC ni..

Sunday, May 08, 2011

UUM dan cukainya...

Salam,

Bezanya dulu dengan sekarang, kerajaan Kedah kini dh lain, bukan kerajaan BN, buat apa nak politikkan kutipan cukai tanah ni.. Bg aku win-win situation berlaku di sini.. Pihak universiti perlulah bersedia menghadapi perubahan sebegini, kata universiti korporat, sampai bila nak harapkan payung dari kerajaan untuk memajukan universiti. UUM banyak hasilkan graduan yang berkualiti dalam bidang pengurusan dan perniagaan.

Bg aku, adalah adat dalam perniagaan yang mana kadang2 terpaksa mengadaptasi sebarang perubahan demi memastikan kelangsungan perniagaan. Itu cabaran untuk UUM. Pengalaman serta kemahiran yang ada perlu digunakan secara maksimum. Apa yang penting, KERRJAASAMA... buang lah jejauh perbezaan ideologi politik.. yang suffer akan kembali kepada rakyat, maka yang beruntung pun pada rakyat.. sebenarnya takde siapa yang rugi..

Ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung x berselerak. Kerajaan PAS Kedah tahu apa yang mereka buat, dan UUM gunakan pengalaman serta kepakaran yang ada.

Tuesday, April 26, 2011

SE X Arc vs Samsung Galaxy vs Nokia ?

Salam 1Malaysia..

huh.. tinggi tol spec HP aku cr untuk tahun ni.. mau tak nyer.. rasanya patut dh tuka dh K810 aku nih.. screen dh gelap dan casing dh pecah.. tanda2 nak ganti baru..

So aku masuk la ke mobile88.com dh wat quick search berdasarkan spec yg aku nak.. cuma dua jer yg aku pilih.. mesti ada WIFI (mudah nak bertenet) dan 3G (nak menjeng2 ngan pn wifey).. dan list semua di atas masuk dalam search result tersebut.

Setelah dibuat perbandingan spec dan performance.. ADAKAH?

Xperia Arc


atau?

Galaxy S



atau?

ukur baju badan sendiri..

World's Most Popular handphone





hikhik.. cmni la bila BONUS dh masuk.. berangan-angan dlu.. tapi bila dh tolak itu dan ini.. byk pertimbangan kena buat.. so.. tgk ajer la cmne.. siapa pengganti SE K810i aku ni..

Agen AirAsia

ni nak habaq mai..

demi menjimatkan ruang serta staff termasuk gaji, elaun makan serta elaun kena marah ngan pelanggan, maka AirAsia di LCCT KLIA, memperkenalkan pendekatan terbaru untuk mendaftar masuk ke penerbangan mereka. Dengan ini AirAsia akan menggantikan servis mesra pelanggan dengan sistem pendaftaran terkini iaitu pendaftaran on-line, mobile check-in dan kioks check-in.. Perubahan kepada sistem ini menunjukkan AA sangat komited dgn kemajuan teknologi.. selamat tinggal kepada staff yg lembab dan yang penting.. jimat dh nak bayar sewa kaunter ngan MAB.









so.. sesiapa bwk beg boleh la dropkan beg kat kaunter yg disediakan..

maka dengan itu la juga, pihak penaja ingin sekali lagi mengingatkan bahawa kaunter pendaftaran dibuka 2 jam dan ditutup 45 min sebelum waktu jadual penerbangan. Sebarang kelewatan sila ready untuk beli tiket baru.. HIKHIK..

Saturday, April 16, 2011

10 kelebihan ilmu berbanding harta

1. Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu adalah pusaka nabi-nabi, manakala harta adalah pusaka Qarun dan Firaun.



2.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu memelihara kamu, tetapi kamu pula yang memelihara harta.



3.Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang yang berilmu ramai taulannya dan sebaliknya orang yang berharta ramai seterunya.



4.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu apabila dinafkahkan akan bertambah, tetapi harta pula apabila dinafkahkan akan berkurangan.



5.Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang yang berilmu diseru dengan nama yang mulia, manakala orang yang berharta diseru dengan nama bakhil.

6.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu tidak perlu dipelihara daripada pencuri, tetapi harta perlu dipelihara daripada pencuri.




7.Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang yang berilmu akan diberi syafaat diakhirat nanti, manakala orang yang berharta akan dihisab hartanya.




8.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu tidak akan binasa, manakala harta pula akan binasa.

9.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu itu melembutkan hati dan harta pula mengeraskan hati.



10.Ilmu lebih baik daripada harta kerana yang berilmu mendakwa kehambaan dan yang berharta mendakwa ketuhanan.

pak ngah : tak punya harta beribu juta, cuma dh dpt harta bernilai seumur hidup, pn wifey dan masih mencari ilmu duniawi n ukharawi..

MH8888

Satu sejarah baru bg Malaysia Airlines apabila menerima baby besar yg terbarunya iaitu pesawat A330-300. Rego 9M-MTA sebenarnya dah mendarat buat pertama kali di KLIA awal April dan terus ke hangar untuk persediaan majlis rasmi penerimaannya yang dilangsungkan dengan gilang gemilang pada 14 April 2011. Aku cukup bertuah menyaksikan kedua-dua event tersebut kerana.. err.. korang sendiri la pikir.. layan pic yer!!



9M-MTA nama diberi


MH8888 cleared to land..

Maka tiba la harinya.. 14 April 2011.. hari gilang gemilang bagi MAS, dimana acara rasminya menerima serta ditunjukkan kepada wakil2 media baby baru mereka ini. Acara bermula dengan melakukan penerbangan sulung dengan membawa wakil media, stake holder dan MOT selama 30 min pada paras 3000ft mengelilingi Lembah Klang cuci2 mata sebelum kembali ke KLIA. Itu pun dh delay dekat 40 min gak la. Agak2 dalam 1140lt 9M-MTA mendarat dengan selamat untuk event rasmi bg kapal terbang yang pertama kali mendarat iaitu water cannon salute ceremony..


suriram.. ram..ram suriram..ram..

setelah itu kapal terbang itu dibawa masuk ke hangar 5 MAS untuk acara seterusnya.. lantakla diorg.. tapi bila dh berdiri dpn kapal terbang yang baru, maka aktiviti utama adalah.. bergambar.. apa yang aku blaja dari aktiviti bergambar kali ni dr kak wan ialah.. berdiri senget untuk mengelakkan dr nampak gemuk!!



tak dpt naik, bergambar kat tangga pun jadi laa..



tak dapat pilot, stewardess pun jadi.. kan nal?



pose senget, tak nampak gemuk kan?

Wednesday, January 05, 2011

survay rumah.. part 1

salamz,

abes keja smlm, agak lewat gak la aku tinggalkan airside.. naik ke AMC sbb nak settlekan claim penginapan ke penang awal november ari tu.. tq kat Pn Z sbb dgn secuit jer dah acknowledge borang claim tuu.. ieshh.. x abes lagi perjalanan borang claim tu.. masa yang sama ngadap Papa Cheng untuk wat draft establish bird team kat KLIA ngan ape plan untuk bird committee. Semuanya settle waktu makan tghari.
--------------- waktu lunch----------------------
aku ke hq pulak berbekalkan borang claim ngan harapan cepat dpt untuk bulan nie.. sengkek beb.. dh la zrasss je kad kredit masa g penang ari tu.. dh tunggak 2 bulan ngan bank.. hopefully settle bulan ni..
sampai kat office HR, pn cumel lote suhaila tlg check betul tak claim aku tu.. then dia mintak kepilan tiket MAS.. aku lari ke kereta tgk2 kot2 ada.. alhamdulillah jumpe.. so.. dia tlg kira2 bape patut aku dpt.. lebih 1k gak la gedebak gedebuk ngan cliam perjalanan uma - airport - uma..
tp.. krg dapat.. tolak sana.. tolak sini.. abes jgk.. so tq pn siti suhaila..!!

zupp trus aku ke shah alam ikut elite.. plan asal nk g survay satu rumah yg dkt ngan rumah aku kat shah alam.. namun tinggal harapan aje la.. sbb sepanjang perjalanan td aku dh tersengguk2.. bayangkan.. mlm td aku kerja x sempat nak curi masa u tdo.. sbb aku nak siapkan KPI dan draf surat kat ofis smpi ke pagi.. sampai rumah agak dlm kol 4 tanpa sehelai baju berlangitkan kipas, terus aku terlelap membayar hutang tidur malam td.. sedar2 aku terjaga dekat2 isya'..

Monday, January 03, 2011

cmne nak kira dividen asb

aha.. ramai yg dh tau dividen ASB taun ni dia bg 7.50 sen dan bonus 1.25sen setiap saham (satu saham ASB fixed rm1) tapi ramai yg kompius cmne pengiraan dividen dan bonus kan..

cmne nak kira DIVIDEN

pengiraan dividen diagihkan secara tahunan dimana jumlah baki minimum* setiap bulan antara Jan dan Disember tahun itu dibahagi kepada 12 bulan dan kemudiannya di darab dengan dividen yg diagihkan pada tahun itu.



cth:

Kes 1 (pelaburan yg tak terusik)
Mula melabur pada Jan 08 dengan RM100. Dalam tempoh 12 bln hingga Disember tiada apa2 penambahan dan pengurangan dlm pelaburan.(Maknanye dlm acct tu ada RM100 jer sepanjang tahun). Kadar dividen untuk tahun 2008 adalah 7sen sesaham.

Jumlah dividen 2008 = (jumlah baki paling minimum antara Jan-Disember)/12 x 0.07

Jumlah dividen 2008 =(100*12)/12x0.07 = RM 7

Jumlah dividen 2008 = RM7

*jumlah baki minimum - katakan la dalam salah satu bulan korang ada kuarkan RM50 dr Rm100 yg ada dlm acct tu.. pastu dlm bulan yg sama korang tambah RM100.. maknanya sekarang dlm acct tu ada RM150.. tapi dlm pengiraan dividen hanya baki minimum yg direkodkan dlm bulan itu akan diambil untuk pengiraan dividen. So baki min u bulan itu RM50.

Kes 2 (kdg2 mesti kita akan tambah atau keluarkan pelaburan.. duit tu nak guna wat downpayment ke.. takpun duit potongan gaji yg kita masukkan tetiap bulan.. secara x langsung effect pada baki min bulanan)

pengiraan masih sama..

Jumlah dividen 2008 = (jumlah baki min antara Jan - Dis 08)/12*0.07

katakanlah jumlah baki minima sepanjang tahun itu RM3500

Jumlah dividen 2008 = (100 + 200+300+ ....+250+300+150= rm3500)/12*0.07

Jumlah dividen 2008 = RM20.42

next!!!!!

cmne kira bonus plak

bonus plak dikira jumlah baki min selama 10 tahun (120 bulan). Org yg dh melabur lebih 10 tahun sgt2 beruntung sbb baki min selama 10 tahun tu dikira u pendapatan bonus.

cth. tahun ni.. bonus yg diagihkan ialah 2 sen.. dan anda mula melabur RM100 sebulan selama 10 tahun x penah tambah/kurang pelaburan.. dipendekkan cite.. jumlah baki min bulanan selama 10 tahun (jan-dis selama 10 thn) tu adalah rm 214180 (bykkan?TAPI tu adalah jumlah baki min sepanjang 10 tahun..aku dh kira)

jumlah agihan bonus 2008 = (jumlah baki min bulanan selama 10 tahun)/120 *2%

jumlah agihan bonus 2008 =(214180)/120*2% = RM35.80

katakan la baru setahun melabur.. dan kita amik kes 1 sbg contoh.. jumlah baki bulanan min adalah rm3500

jumlah agihan bonus 2008 = (rm3500/120)*2% = 0.58sen

sebenarnya melabur dalam saham amanah ni sgt menguntungkan.. buat jangkamasa panjang.. dan tiada risiko kerugian. kita mulakan melabur hanya rm100 setiap bulan itu pun dh memadai.. lebih lagi bagus.. kalo ada bonus gaji masuk untuk yg mampu.. agar dpt lebihan pulangan.. BONUS plak akan bgi byk manfaat pd pelabur jika tak mengusik simpanan sejak 10 tahun yg lalu. Selamat Melabur.

p/s: aku menulis berdasarkan pengalaman aku praktikal selama 4 bulan di ASNB.. selama itu aku di tempatkan di JPPA.. jabatan perhubungan pelanggan dan agen.. sbb tu la aku tau cmne nak kira.. tp kalo ada salah harap tegur..

happy new year

aku mulai tahun baru 2011 dgn harapan pn wifey dpt pulang berkhidmat di semenanjung seawal mungkin.. titipan doa acapkali selepas solat moga-moga diperkenan oleh NYA..