Tuesday, December 16, 2008

the journey to the center of the airport!!

kali ni aku nak cite perjalanan dr uma aku kat sentul ke klia... korang x caye kan aku ulang alik keja ulang alik tiap kali keja.. bapakkkk jauh.. kalo drive.. agak2 dlm 80 km gak la jauhnye.. sejam lebih gak la smpi.. kena tol lagi.. adoiyai..
mula ngan langkah kanan!!

so.. aku memilih menjadi warganegara yg prihatin akan pencemaran asap err.. mesra alam sekitar, menaiki kenderaan awam untuk ke tempat keja..

stesen kebanggan rakyat sentul.. SENTUL TIMUR


dr uma aku kat bbsentul aku akan amik lrt aliran ampang(huh.. aku lg ske nama lama.. lrt star) dr stesen sentul timur menuju ke stesen lrt masjid jamek kl.. kat cni aku kena turun ke lrt bwh tanah plak naik lrt aliran kelana jaya (guna nama lrt putra kan senang sebut! gedebet tol rapid kl!!) perjalanan menaiki lrt ni disambung ke stesen rakyat KL Sentral untuk aku amik bas ke LCCT. Perjalanan dlm lrt dr uma ke klsentral hanya mengambil masa.. 1/2 jam dn kurang.. (sama lama perjalanan masa aku keja kat KLCC dlu)

stesen berikutnya.. MASJID JAMEK

Tibanya di KL Sentral.. sbnrnya ada byk option untuk ke KLIA dan LCCT..
1. naik ERL trus ke Stesen ERL KLIA ~ aku x naik sbb mahal
2. naik bas Airport Coach (Kaler hijau silver) ~ kdg2 je naik sbb aku kena jalan jauh la nak ke opis aku..
3. naik KTM komuter turun ke Stesen KTM Nilai ~ ni last option kalo bas atau ERL breakdown, sbb sgt la jauh dan slow bagak cam totis. Dr Nilai kena tgg bas ke KLIA atau LCCT lagi.
4. naik bas trus ke LCCT.. ada dua bas kat cni.. AEROBUS (kaler kuning) dan SkyBus(merah).. smpi kat cni aku pilih bas yg mana jalan dulu.. sbb bas2 kan cni akan gerak setiap 1/2 jam.. so leh la bajet2 time u smpi kat opis. naik bas ni yg best sbb staff klia ada dpt separuh harga tiket.

Perjalanan KLIA akan memakan tempoh dlm satu jam ke 45 min.. bergantung kepada kepala driver bas.. agak2 dia rasa dia cm bwk keta F1.. maka cepat la sampai.. tak kira la ujan ke kering.. bas ni akan melalui Highway KL - Putrajaya sebelum bas guna laluan Putrajaya - Dengkil - KLIA atau guna highway ELITE Putrajaya _ Elite.. slalunye aku amik kesempatan u merehatkan mata sepanjang perjalanan nih.. tau2 dh sampai...

ble sampai kat LCCT.. nak ke opis aku ada 2 cara plak.. satu panggil driver amik aku masuk.. dan yg paling aku sgt2 ske.. melintas taxiway(ops.. kantoi la plak.. BTW.. aku kan bos on duty airside klia.. ikut ske la.. miahaha..)

nak lintas taxiway ni pun kena tgk kiri kanan gak..

belah kanan ada 5 bijik... adoiyai...

tu dia opis aku!!
ok.. ready to work!!

maka.. dlm tempoh sejam setengah aku dh leh sampai kat tpt keja aku.. aku sgt2 suke opis aku ni sbb opis aku terletak kat tgh2 airport.. hari2 leh tgk kapal terbang.. yg UNIK.. kalo org lain bila selak tingkap atau bukak pintu opis nampak keta lalu-lintas.. kat cni plak.. kapal terbang plak yg lalu lintas.. yg x bestnya.. BISINGGGGG!!! sekian itu la sahaja kisah perjalanan aku ke tpt keja.. nak tau cmne aku balik ke uma.. err.. korang baca la entry aku ni dr bwh ke atas.. paham kot kan?? miahahaha..

err bule ke tagged kisah perjalanan ke opis nih.. yg rajin wat la ek..

cmne nak kira dividen asb

aha.. ramai yg dh tau dividen ASB taun ni dia bg 7sen dan bonus 1.75sen setiap saham (satu saham ASB fixed rm1) tapi ramai yg kompius cmne pengiraan dividen dan bonus kan..

cmne nak kira DIVIDEN

pengiraan dividen diagihkan secara tahunan dimana jumlah baki minimum* setiap bulan antara Jan dan Disember tahun itu dibahagi kepada 12 bulan dan kemudiannya di darab dengan dividen yg diagihkan pada tahun itu.

cth:

Kes 1 (pelaburan yg tak terusik)
Mula melabur pada Jan 08 dengan RM100. Dalam tempoh 12 bln hingga Disember tiada apa2 penambahan dan pengurangan dlm pelaburan.(Maknanye dlm acct tu ada RM100 jer sepanjang tahun). Kadar dividen untuk tahun 2008 adalah 7sen sesaham.

Jumlah dividen 2008 = (jumlah baki paling minimum antara Jan-Disember)/12 x 0.07

Jumlah dividen 2008 =(100*12)/12x0.07 = RM 7

Jumlah dividen 2008 = RM7

*jumlah baki minimum - katakan la dalam salah satu bulan korang ada kuarkan RM50 dr Rm100 yg ada dlm acct tu.. pastu dlm bulan yg sama korang tambah RM100.. maknanya sekarang dlm acct tu ada RM150.. tapi dlm pengiraan dividen hanya baki minimum yg direkodkan dlm bulan itu akan diambil untuk pengiraan dividen. So baki min u bulan itu RM50.

Kes 2 (kdg2 mesti kita akan tambah atau keluarkan pelaburan.. duit tu nak guna wat downpayment ke.. takpun duit potongan gaji yg kita masukkan tetiap bulan.. secara x langsung effect pada baki min bulanan)

pengiraan masih sama..

Jumlah dividen 2008 = (jumlah baki min antara Jan - Dis 08)/12*0.07

katakanlah jumlah baki minima sepanjang tahun itu RM3500

Jumlah dividen 2008 = (100 + 200+300+ ....+250+300+150= rm3500)/12*0.07

Jumlah dividen 2008 = RM20.42

next!!!!!

cmne kira bonus plak

bonus plak dikira jumlah baki min selama 10 tahun (120 bulan). Org yg dh melabur lebih 10 tahun sgt2 beruntung sbb baki min selama 10 tahun tu dikira u pendapatan bonus.

cth. tahun ni.. bonus yg diagihkan ialah 2 sen.. dan anda mula melabur RM100 sebulan selama 10 tahun x penah tambah/kurang pelaburan.. dipendekkan cite.. jumlah baki min bulanan selama 10 tahun (jan-dis selama 10 thn) tu adalah rm 214180 (bykkan?TAPI tu adalah jumlah baki min sepanjang 10 tahun..aku dh kira)

jumlah agihan bonus 2008 = (jumlah baki min bulanan selama 10 tahun)/120 *2%

jumlah agihan bonus 2008 =(214180)/120*2% = RM35.80

katakan la baru setahun melabur.. dan kita amik kes 1 sbg contoh.. jumlah baki bulanan min adalah rm3500

jumlah agihan bonus 2008 = (rm3500/120)*2% = 0.58sen

sebenarnya melabur dalam saham amanah ni sgt menguntungkan.. buat jangkamasa panjang.. dan tiada risiko kerugian. kita mulakan melabur hanya rm100 setiap bulan itu pun dh memadai.. lebih lagi bagus.. kalo ada bonus gaji masuk untuk yg mampu.. agar dpt lebihan pulangan.. BONUS plak akan bgi byk manfaat pd pelabur jika tak mengusik simpanan sejak 10 tahun yg lalu. Selamat Melabur.

p/s: aku menulis berdasarkan pengalaman aku praktikal selama 4 bulan di ASNB.. selama itu aku di tempatkan di JPPA.. jabatan perhubungan pelanggan dan agen.. sbb tu la aku tau cmne nak kira.. tp kalo ada salah harap tegur..

Monday, December 08, 2008

sesekaLI aku STRess

rasa cm nak menjerit.. rasa cm nak berlari.. rasa cm nak marah.. semua ada... KELUARRRRR LA WAHAI STRESSS DR DLM JASAD AKU!!!!!!

err.. sori.. ntah tetiba dtg angin lintang dr barat..

Friday, December 05, 2008

nak kongsi gift


nak bg gift christmas nih.. korang copy pastu print.. bwk g kedainya.. dan taraaaaa!!! dptla diskaun!!

Thursday, December 04, 2008

bila final exam

exam? pe tu exam.. tu la soklan bila aku tanya kat junior2 aku masa pas abis blaja dulu..  belagak bagai.. igtkan kan masa keja x de dh nak pening2 kepala nak exam.. tp masa keja kino dulu mmg x de ada examnya.. comfem sampai ke tua.. ye la.. keja tetiap ari menyusun buku, wrapping buku, sorting buku, pricing buku, order & sourcing tajuk2 buku .. 

layout airport dan standard route yg kena tau.. tu dia ref. book dan layout yg byk...

tp bila masuk malaysia airport ni byk developement course u staff.. spt yg diketahui.. aku kan tgh dlm lead-in course ngan dca selama 3 minggu.. so segala macam tajuk yg dibentangkan ada masuk dlm final exam.. just untuk evaluate sama ada ktorg paham ngan course nih.. 

sofa merangkap katil..

so.. balik semula ke zaman blaja.. aku plak kdg2 stay kat opis pas kursus.. kelebihan kat situ.. leh la ada time nak studi(kehkahkeh).. study la kononnya.. x jugak beb.. nak tau aku watpe.. mlm2 aku ikut geng shif mlm wat inspection kat airport nih..  pas balik kol 1 pg br la ada time.. briefing room jd port study n stido aku.. tapi kejap je time aku mentelaaah.. yg lebihnya tdo.. ish.. kepada kengkawan, jgn contohi aku.. sb aku nie terer.. terang sket ati.. tak studi pun takpe.. belagakk tuu!! sabo ajer la..

mata dh merah.. time to sleep!!

Tuesday, December 02, 2008

Bile BULAN senyum

erm.. tuhan itu maha kaya kan.. kalo dia nak tunjukkan kekuasaan nya kdg2 tanpa kita sedar dia tunjukkan pada kita.. macam malam td.. 

disebabkan aku kursus maka aku stay la kat opis dlm airport nih.. time nih tgh lepak2 main game dan sembang2 kosong ngan bebudak shif cik bard.. ada la dgr telepon ring ring.. uncle pang jwb..ah yau call(dia nie tokei potong rumput kat cni...) congcengcongceng.. ammak!! pastu dia lari kuar smbil ajak ktorg kuar g dpn opis..  ape lagi ktorg pun ikut la kuar.. huh.. subhanallah.. tu diaa!! kat airport ni awannya kurang... luas langitnya.. so nampak sgt2 jelas akan bulan senyum itu.. menjakun jap.. sambil try snappi pic bulan tu guna camera hp dan kamera digital company.. hampes la.. x leh nak amik pun.. time ni la gak lagi rasa terbakar hati nak cepatkan amik DSLR!! 
yg bestnya.. siap main teka2 bintang ke satelit.. ada org ckp satelit.. bintang... skali kuar berita pg nih.. planet daa.. hikhik.. ape pun.. nak puaskan hati spe2 x sempat tgk.. aku copy pic dr s'kabar berita hairan nih!! 

p/s: ekceli tgk 'live' mlm td mmg sgt2 best!!


Keajaiban bulan 'senyum': Luar biasa. Kelihatan bulan sabit dan planet Musytari serta Zuhrah menyerupai muka orang tersenyum atau bulan 'senyum' yang boleh kelihatan bermula kira-kira jam 8 malam tadi. Kejadian luar biasa astronomi itu berlaku  lima tahun sekali turut menarik perhatian ramai rakyat negara ini yang menyebarkan berita bulan 'senyum' itu menerusi khidmat pesanan ringkas.

Keajaiban bulan 'senyum': Luar biasa. Kelihatan bulan sabit dan planet Musytari serta Zuhrah menyerupai muka orang tersenyum atau bulan 'senyum' yang boleh kelihatan bermula kira-kira jam 8 malam tadi. 





Monday, December 01, 2008

erti jumaat..

apekah erti solat jumaat.. nak huraikan panjang.. lagi pun fadhilatnya amat tinggi.. salah satu sbg menghormati hari jumaat sbg penghulu segala hari..
 
namun ringkasnya Solat Jumaat ialah solat fardu (dua rakaat) yang dilakukan pada hari Jumaat menggantikan solat Zohor, dan ia dilakukan secara berjemaah selepas mendengarkhutbah. Solat Jumaat itu hukumnya Fardhu Ain, iaitu wajib dikerjakan atas setiap mukallaf dengan syarat-syarat tertentu..

bila dtg hari jumaat ni, aku amat suka memerhatikan akan para jemaah yg lain.. mcm2 warna warni perangai org kt dpt tgk.. lagi satu aku suka tgk rekabentuk dlm masjid atau surau.. kalo dlm msjid moden aku suka lihat akan corak2 serta tulisan ayat2 Al-Quran didinding2 masjid.. kalo masjid yg lama.. esp dr kayu.. aku suka bau kekayuan masjid tu.. masjid2 lama ni yg cntik ukiran2 kayu dia..

pengalaman berhari jumaat ni mmg byk.. cthnya tdo ditghari time2 jumaat.. tu salah satu penyakit ms zaman nakal.. tp x lagi la aku curi slipar org kay.. kasut aku kena curi ada la... ermm time tu nak g interview.. bkn kasut aku.. kasut abg aku.. mahal plak tu.. balik uma kena leter!! dosa pakai x mintak permisi.. mudah2an selepas ni dimudahkan aku u pergi berjemaah lagi smpi ke hujung nyawa..

p/s: pic ni aku snappi masa jumaat di msjd klia br2 nih.. ops.. sblm masuk azan lagi ea..

pagi yg indah..



suatu pagi ke tempat keja... melalui jalan pekeliling ke lcct melalui kompleks bunga raya.. subhanallah.. suatu pemandangan amat cantik.. aku dh lama keja pun baru perasan.. sbbnya.. aku jrg drive awal pg g keja.. dan bgn ngam2 subuh.. hikhik!! layan ajer la pic..