Monday, November 24, 2008

WANTED ALIVE!!




from head to toe complete set... willing to pay what ever requested according to weight... miahaha..

 A MUST.. have boat and moto.. motokar atau bas dua tingkat lg bgs..

p/s aku jumpe sticker nie masa memulau kat food garden lcct.. saja suka2 nak kongsi ngan kengkawan.. tiada agenda tersembunyi.. 

Friday, November 21, 2008

end of week 1


layout yg kena masuk dlm kepala!! adess!!!

akhirnya.. klia lead-in course ngan dca dh abes.. err.. minggu pertama yg dh abes.. ada lagi dua minggu .. seminggu pun dekat 10 chapter dh cover.. tetiap ari wat test.. esp test pasal klia airfield layout.. nak tau sejauh mana ktorg tau kat mana letaknya sekian2 gates.. mana taxilane, taxiway.. mana main terminal building, satelit terminal, lcat(lcct) dan kargo.. tu semua kena igt.. lebih2 pd airtraffic controller.. sbb diorg kena guide ke mana kapal terbang nak pergi pas mendarat..


did you know an acft can move reverse... ?? by towing back la.. miahaha!! 
aiseh.. ok.. nih add facebook sy.. sila add friend yea!!

dua2 fasi.. tp ktorg panggil cikgu.. en hukarim ngan en raj.. sempoi abes.. byk cerita dan pengalaman diorg selama 10 tahun  sbg air traffic controller kat klia nih diorg sharing.. psl deal ngan pilot yg byk songeh, cmne diorg handle landing ada problem.. ops.. so far klia rekod bersih lagi.. tiada kemalangan yg melibatkan nyawa disebabkan kapal terbang terhempas.. alhamdulillah.. mintak dijauhkan.. 

nak balik uma.. nak study.. nak date.. nak ber"face book".. cukup ke time aaa??

cuti dua ari.. igt leh releks ke?? kena studi la.. nex week ada final xm wooo..  tp yg aku suka.. sbb leh balik uma.. leh on9.. aha.. specific lagi.. leh ber"face book".. ok la.. aku nak ke lcct nih.. nak balik kl.. salamz!!


 

Wednesday, November 19, 2008

aku bz kursus pun kena tag?

1. What is the relationship of you and him/her?


2. Your impression towards him/her (aku edit sket aa ek)


3. The most memorable things he/she had done for you.

4. The most memorable things he/she have said to you?

nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan. sekian, terima kasih

5. If he/she become your lover, you will…

my big wide hugs!!

6. If he/she become your enemy, you will...

full throttle protection!!

7. If he/she become your lover, he has to improve his/her..

i've a big tummy!!

8. If he/she become your enemy, the reason is...
r u already watch da movie?? 

9. The most desirable thing will to do on him/her is?
u'll safe under my arms... forever

10. The overall impression of him/her is…


11. How do you think the people around you will feel about you?

no idea.. thnx for think me +vely, i'll improving day by day!!

12. The character of you for yourself is?

bad tampered but easily cool down, fear looking  with smiley face, happy go lucky.

13. On contrary, the character you hate of yourself is?

i'm food lover.

14. The most ideal person that you wanna be is?

jadi..en razlie yang baik dan comel... (aku tuka nama jer ek jijah!!)

15. For the people who likes you, say something about them.
alamak..terima kasih lah...buat susah-susah aje..tapi nak cakap jugak..sayang korang sume..muah..muah..tuk pompuan ye..rep ke tepi.. (ayat jijah nih)
ye la aku ke tepi.. BTW.. thanks for accept me as i am..  keep in touch!!

16. Ten people to tag:
1. esmet ulam raja
2. malaysia airport sepang sdn bhd
3. "kak sherry"
4.izadira (paham2 la yea)
5. kak tasya (amik berkat pengantin baru)
6. ekha (err.. cikgu ini sgt comel)
7. kak sydd(akak ini sgt comel)
8. abg sham(adik mu nak gak tahu..lama dh tak hapdet ni!)
9. suzie dan apai..(korang kena buat gak) MANDATORI
10.eyln(haipp!!)

17. Who is no. 2 having a relationship with?
anak sykt kepada malaysia airport berhad

18. Is no. 3 a male or a female?
inverted comma.. nama tul salahuddin.. jantan.. awww

19. If no. 7 and no. 10 were together, would it be a good thing?
mmg.. gegak gempita tiap restaurant kalo diorg ada!!

20. How about no5 and no8?
ngak boleh...dua-dua udah berpunya..ikatan terpatri gitu..(thnx jijah.. aku malas nak edit2)

21. What is no. 1 studying about?
ntah.. tp dia kaya.. dia ada byk kilang-kilang dan factory-factory.. dlm dh luar negara.. seperti afganistan, pakistan, go-head go-stan dan setan.. miahahaha

22. Is no. 4 single?
iza ko single lagi ke? ops..abg dia sudaa marii!!

23. Say something about no. 6
cikgu dehebab yg g skool naik scoot pinkynya.. sgt cumel bila bergaya.. amat sukakan sengol2 ketika keja di Kino dulu.. gemar ber tai chi kang.. sgt garang lagi mengerikan.. tp dia ni la anak sedara yg paling sporting dan happy go lucky!! 

ada puas ati pn jijah?? aku byk kena studi u kursus ni.. tp ko nyer pasal.. aku wat la gak!! BTW.. ko dh emel lom kat aku yg aku nak tu.. ops.. sori semua.. sbb aku kaki merepek.. tp APA YNG PENTING...KERJASAMA!!!

Tuesday, November 18, 2008

kursus yg mungkin kurus...




mulai isnin ni aku dh setat join DCA lead-in course di klia.. sape x nak tau cmne life jdi air traffic controller (ATC) kan?? tau kan ape atc..?? ala org yg slalu guide pilot untuk landing atau berlepas kat airport tu.. ada paham??


course ni merupakan sharing knowledge ape sebenarnya tugas2 serta tanggungjwb ATC serta kepentingan wujudnya DCA(jabatan penerbangan awam) . malaysia airports sbnrnya GLC yg diwujudkan oleh gomen u menguruskan airport2 kat mesia nih.. so tugas kami sbg pengurus airport mmg byk berkait ngan DCA.. dr dr process implementation regulation hinggalah komunikasi harian.. huh.. korang bukan paham pun.. miahaha.. ikut suka aku la nak cite..


penekanan pada 4 bulatan merah.. makan time!!


course ni selama 3 minggu!! yahoo..!! sbb aku x masuk shif.. ari minggu leh balik aa jumpe itik!! wakakaka.. time tu gak la aku akan jd airside motel manager (aku lantik diri sendiri sbg pengurus restroom kat opis aku daa..) sbb aku akan berkampung dr isnin - jumaat..

dlm tempoh tu byk tempat2 menarik akan dilawati.. (kalo aku rajin.. aku akan update)spt matc(mesia airport training center), menara dca, kawasan landasan kapal terbang(huhu.. tiap2 ari aku masuk dh), controller di subang dan ikutkan schedule.. akademi airasia.. hikhik.. leh cari dania kat situ.. agak2 kerek x dia? tunggu!!
p/s: semua pic adalah pic 1st day..

aksi2 sakai trip ke sabah ari tu..

huh.. ni salah aku sbb join kelab kenu uum dulu..!! kalo x join x de la aksi2 sakai bila bergambar.. adoiyai.. tp.. layan ajer la.. juga dh membarah pada org lain..

senaman tempurung lutut.. 8 lagi..


ngeeerienye naik canopy walkway!!

aku lagi aaa ngerii!!
maskot x rasmi poring hot spring!!


pe kes ko poluk tiang tu awe oi!!
aku wat cmni agar driver bwk slow sket!!
dah la.. takkan tambah pun tinggi kolo wat cmtu
org kuat mkn nk tunjukkan kekuatannya..
harusss diingat wahai kwn2..!!
aku kena blaja geog balik nih!!
peacee... err.. pesal org kalo bergamba je tunjuk dua jari.. nah.. aku bg sepuluh jari!!!

Monday, November 17, 2008

ok x jijah??

aku dh lama x masuk blog best fwen dr bentong nih.. lastest story dr cikgu yg g skola time2 cuti skola.. ahaha.. serupa x yah cuti jer!! ops..krg lebih2 kena plak silat ngan dia krg (ko masih amalkan silat ke? ops.. nanti trnkan ilmu silat kelambu ek..) ahahaha.. cabutt!! so.. sbb dh di tag.. ngan rela hatinya aku tunjuk nih.. 

pic nk aku amik masa masuk landasan kapal terbang 1 (Rny 14L/32R) di KLIA... sape2 rajin masuk www.wikimapia.org(cm google earth) cr la mana letaknya landasan nih.. time ni tgk wat pemeriksaan ke atas landasan.. tgk markings, tgk ada bangkai burung, halau biawak dan kejar kapal terbang.. hikhik.. err.. yg dua kat depan tu akunyer officer.. en kadar dan anak angkatnya.. reza.. ermm.. ada cm suria perkasa itam x spek ku?? miahahaha..
sape2 nak wat en3 pasal pic korg silakan la.. aku malas nak tag2.. just for fun kan..  but note this!!

1. Take a recent picture of yourself
2. Dont change clothes. Just take ur picture.
3. Post that picture with NO EDITING
4.Post this inscruction with ur picture
5. Tag 10 people to do this.


 bubbye!!

Tuesday, November 11, 2008

20 cara tambat hati wanita.

Dengan bangganya aku tujukan en3 ni buat aku dan sahabat2 seperjuangan aku.. (esp adi)..  tq juga pd masterji aku.. en laloque.. hikhik..

Bagi lelaki yang merasa dirinya sukar memperoleh perhatian dari seorang
wanita, jangan khuatir dan menyesali keadaan.  Bukan bererti anda tidak
memiliki daya penarik, tapi kaum wanita lebih tersentuh oleh tindakan nyata
dan mungkin anda tidak memilikinya.  Maka pelajarilah apa yang membuat
wanita merasa kagum dan yakin bahawa anda adalah lelaki yang boleh memahami
dirinya.


1. Setibanya di rumah, carilah dia terlebih dahulu sebelum melakukan
hal-hal lain dan peluklah dia.
2.Ajukan pertanyaan-pertanyaaan khusus mengenai harinya, yang menunjukkan
keperihatinan anda tentang apa yang dilakukannya contohnya "bagaimana
dengan kerja hari ini?"
3.Berlatih mendengarkan dan mengajukan pertanyaan.
4.Tahan godaan untuk menyelesaikan masalah-masalahnys.Sebaliknya, cubalah
untuk merasai situasi yang dihadapinya.
5.Berilah dia perhatian penuh selama 20 minit (jangan membaca akhbar atau
memperhatikan hal lain selama waktu tersebut).
6.Berikan dia bunga-bunga sebagai kejutan ataupun pada hari istimewanya.
7.Rancang aktiviti bersamanya, jangan menunggu hingga hari Sabtu untuk
bertanya padanya apa yang ingin dilakukannya.
8.Ketika dia sibuk, tawarkanlah bantuan contohnya meyediakan makan malam,
menjaga anak dan sebagainya.
9.Pujilah dia di atas penampilannya.
10.Hargai perasaan-perasaannya jika ia marah.
11.Sekiranya anda akanpulang lewat, telefonlah dia dan beritahukan padanya.
12.Jika dia meminta bantuan,katakan ya atau tidak tanpa membuatnya merasa
bersalah kerana meminta bantuan itu.
13.Jika persaannya terluka, tunjukkan simpati anda.
14.Apabila berbicara dengannya, letakkan akhbar ataupun matikan televisyen
dan berilah perhatian penuh kepada dirinya.
15.Kalau sekiranya dia selalu mencuci pakaian, sesekali tawarkanlah
bantuan, terutama jika dia kelihatan penat pada hari itu.
16.Perhatikan bila dia marah atau penat, tanyakan apa yang harus
dilakukannya. Kemudian tawarkan bantuan dengan melakukan beberapa tugas
yang menjadi bebannya.
17.Sewaktu keluar, tanyakan kalau-kalau ada yang ingin dibelikan dan
ingatlah untuk membelikan permintaaannya itu.
18.Peluklah dia paling kurang empat kali sehari.
19.Telefonlah dia dari pejabat untuk bertanyakan keadaannya
sekurang-kurangnya sekali sehari.
20.Bantunya membereskan tempat tidur dan bersihkan bilik.


biar  den ponat pun janji den dapat bahagiakan ekau... muackkss!!

Friday, November 07, 2008

nk jd jutawan??

ermm.. teringat dlu masa skola cikgu penah tanya.. katakan la anda menjadi jutawan.. ape yg akan kita buat?? time tu mcm2 la idea kuar.. nk wat banglo la.. nak beli keta sport.. nak simpan dlm bank.. kalo kepala bisnes.. msti nak invest kat saham.. huhuhu.. yg pasti nak anto parent g haji.. tpkan.. nun jauh di Zimbabwe.. ramai rakyatnya dh jd jutawan... 



Inilah kos biaya mimimum untuk makan tengah hari yang harus dikeluarkan oleh seorang rakyat Zimbabwe yang merupakan penduduk termiskin di dunia.

Ya, wang pecahan 500 juta dollar Zimbabwe yang baru saja dicetak pada Mei 2008 ini hanya bernilai sekitar 2 dollar amerika atau hanya cukup untuk sekali makan saja.
Zimbabwe ketika ini pemegang rekod inflasi terbesar di dunia iaitu 2,200,000 % (2.2 juta persen!), parahnya, harga-harga melambung begitu cepat dengan hanya dalam beberapa minit sahaja, jadi tak heran jika peniaga2 di zimbabwe begitu sibuk mengganti label harga barangan mereka hampir setiap minit!
Pada tanggal 20 Julai 2008 ini bank Zimbabwe juga telah mengeluarkan pecahan wang sebesar 100 Juta Dollar! yang merupakan rekod pecahan wang dengan nominal terbesar di dunia....!!!
Zimbabwe memang memegang banyak rekod dunia, tapi sayang semua rekod itu tidak ada yang membanggakan.  :-(

sehari dalam kehidupan mayarakat disana


harga2 barang di pasar zimbabwe ,
Barangan keperluan harian
 Harga bagi sayur-sayuran
Telur ayam
 Harga untuk membeli seekor Ayam Hidup...
 Wang yg diperlukan untuk makan sekeluarga di kedai makan....
 dan sebotol bir
setiap bulan bila terima gaji...kena sewa teksi atau lori le gamaknya....
 
 "pengemis" yg boleh dianggap "kaya" sbb dapat juta2 setiap hari...hihihi....
 
 kalau anak org kaya jgn cakap laa....
 kalau susah nak bawak duit banyak2 tukarkan ke USD...dapat sekeping je...

 

kilang buat wallet ngan handbag tepaksa tutup bisness sbb org x guna lagi dah....

Wednesday, November 05, 2008

Musim Haji..

aku yg kerja kat airport nih sudah pasti kena tempias suasana kedatangan musim haji.. alhamdulillah tugas aku ni sekurang2nya aku dpt pastikan pergerakan "tetamu-tetamu istimewa ke Tanah Suci Mekah" berjalan ngan lancar.. aku bersama2 officer KLIA Airside ni bertugas untuk pastikan bas2 yg membawa ayah2, ibu2, atuk dan nenek serta saudara2 selamat tiba ke pintu masuk kapal terbang yg akan membawa pulak mereka terbang ke tanah suci mekah...

ktorg kena escort bas2 yg jumlahnya dlm 13-14 buah(panjang tu!!) sbb laluan ke terminal untuk jemaah haji ni akan lalu atas taxiway kapal terbang yg kadang2 ada kapal terbang lintas.. so ktorg akan pastikan pergerakan bas2 ni terkawal pada masa yg sama x kacou kapal terbang yg melintas.. satu lagi jalan2 dlm airport ni byk pantang larangnya x sama ngan jalan2 kat luar so mesti ada org yg guide..

masa escorting aku terbygkan betapa bangganya dpt bersama2 menghantar para jemaah ni.. sampaikan aku sendiri rasa sebak dn gembira melihatkan wajah2 "tetamu Allah" nih.. aku terigat masa aku menghantar parent aku g haji dulu..perasaan yg sama yg aku rasa.. aku doakan mereka ini pergi dn pulang dengan selamat.. semoga mendapat haji mabrur serta diberkati oleh-Nya..

Monday, November 03, 2008

The Backpackers




aku plan ke Sabah nih lebih kurang dlm awal2 tahun nih.. lama kan.. time tu dh siap2 booking tiket kapal terbang.. sbb tu dpt harga murah.. memula 4 org yg nak ikut.. aku, nai, shamir dan shareena.. pastu shamir ajak plak bebudak karan (TNB) join.. shima, zaimah dan aina.. so 7 org semuanya.. maka segala urusan tiket kapal terbang telah di settlekan awal..  kemudian shamir inform yg sorg lagi bdk karan nak join tapi dia bli sendiri tiket kapal terbang dia.. iaitu mr double H.. Hosni Hussain.. hikhik.. 

akan tetapi nak dlm sebulan lagi nak pergi.. Shareena tarik diri sbb atas alasan peribadi yg x dpt dielakan.. cuba juga untuk diganti tapi sbb tiket yg ktorg beli tu tiket promosi so x leh diganti ngan org atau refund.. maka tinggal la 7 org yg komfem dan berjaya menjejakkan kaki di Sabah Negeri Di Bawah Bayu..


walaupun aku baru je kenal diorg ni kat lcct.. sepanjang trip kat sana diorg ini sgt sempoi dan sgt baik akan tingkah lakunya.. aku igt nak form satu true backpackers group dgn diorg nih!! 

backpackers to sabah.. the entree..




cm x caya.. hari2 yg aku kira dari bulan Februari taun nih suda tiba waktunya.. erm.. trip ala2 backpackers ni berada di Sabah untuk 4 hari 3 malam.. wpun backpackers semua tpt penginapan dh ktorg booked awal2 untuk pastikan pergerakan ktorg terancang.. aku sendri x caya yg ktorg hanya spend untuk transportation u tiket kapal terbang pergi balik+bas berhenti2+van+teksi sapu+bas ekspres ngam2 RM320.. penginapan plak just lebih kurang RM110 jer.. lom lg duit saku u makan seafood dan shopping..

lcct - sepilok,sandakan.. 30hb oct 2008..

penerbangan tambang murah yg membawa trip ktorg...

awl2 pg tu kitaorg berkumpul kat lcct.. nai yg sampai dlu kol 4.30 sbb naik bas 1st kol 3 pg dr klsentral.. aku bwk dia lepak kat mcd lcct sblm aku tinggalkan dia jap pada masa yg sama tgg geng2 bebudak karan (TNB) yg akan  sampai ngan bas kol 5.30 pg sbb aku nk temankan en. mustaza untuk handover runaway 1 pada control tower..

isi minyak full tank.. tu yg lmbt sgt.. 

flgt ke sandakan pg tu lewat sket.. sbb refuelling.. hampes la.. dh la semangat berkobar2 nak naik kapal terbang..  last aku naik kapal terbang time pas abes upsr.. huhu.. 16 tahun dlu..

muka kanak2 riang dpt naik kapal terbang

yg best masa penerbangan ke sandakan.. pilot bgtau akan melepasi gunung kinabalu kat sebelah kiri.. mmg kebetulan kitaorg semua amik seat belah kiri nampak akan keindahan gunung kinabalu dari atas.. Subhanallah.. cantik siut!!

kat airport sandakan dijemput oleh bas Sepilok Jungle Resort..  perjalanan makan masa 20 min lebih kurang la.. seigt aku.. setiap roundabout kat sandakan nih mesti ada objek2 kat tgh2.. antaranya nenas.. monyet proboscis dan ofcourse.. org utan yg cumel..

sbnrnya kat sandakan ni byk tpt tarikan pelancong..spt umah agnes keith newton(penulis buku land before the wind), pulau penyu dan taman buaya.. tp tempat dia jauh2 dan public transport x byk.. cuma mengharapkan teksi dn keta sapu.. sbb tu je kitaorg  g taman perlindungan org utan sepilok jer.. jumpe sedara kekdahnya.. huhuhu.. 

keterujaan jelas terpancar...

timing.. 
sepertimana yg kita tau.. org belah2 cni bukak posa awal kan.. so tandanya mlm diorg pun awal.. ada cite klakar disebalik tu.. pas balik dr taman perlindungan org utan sepilok.. dlm kol 5.15 ptg gitu ktorg balik la ke bilik.. yg lelaki balik ke bilik lelaki yg ppuan begitu la gak.. penat punya pasal ktorg tertidur.. aku terlelap gak.. tp kejap je la.. pastu g mandi2.. bila siap jer aku selak tingkap.. hari dh gelap.. ermm. aku tgk jam.. aku mmg tau dh kat cni mlmnya sejam awal.. aku ketuk bilik mek nai.. soh siap2 mandi u g dinner.. dia kuar.. agaknya br bgn.. dia tnya kol bp.. aku soh dia teka.. dia ckp 7.30 mlm.. aku tunjuk jam aku br masuk kol 6.30.. trus wat muke sengalnya.. mmg kena gelak...

sandakan - poring hot springs, ranau.. 31hb oct 2008..

we at the middle...

setelah puas beramah mesra ngan org utan smlmnya.. ktorg ke ranau dr sandakan menaiki bas Tung Ma ekspres untuk 4 jam perjalanan.. paham2 la kat Sabah nih x de RnR tgh2 jalan.. so bas ni ada tandas kat belakangnya.. terigat plak bas zaman dulu2, time hiway x de lagi.. dan setiap seat diaorg sediakan plastik bag untuk org mabuk2 jalan.. sebabnya.. jalan ke ranau nih berlingkar2 kerana dia terletak di kawasan banjaran crocker, banjaran ni memisahkan kawasan utara dan selatan sabah!! selain jalan yg bersimpang siur, yg bestnya udara kat area ni nyaman dan sejuk.. 





tiba di Ranau, kami ke Poring Hot Springs agak2 dlm 20 min perjalanan untuk pit stop untuk hari kedua dan menjelajah di kawasan air panas tu.. alhamdulillah.. kat Poring Hot Spring adalah tpt yg paling best.. sbbnya dalam satu kawasan tu ada byk tempat2 menarik selain berendam kat air panas..

poring hot springs - kk 1 nov 2008
perjalanan ke kk dr ranau melalui kundasang amat mencabar.. disebalik jalannya yg berlingkar2. byk slekoh.. tp hanya keindahan ketinggian kecantikan kehebatan pemandangan gunung kinabalu yg sentiasa dlm ingatan.. mmg terpegun melihat dr dlm van sewa yg ktorg naik tu.. nak benti pun x leh.. sbb bukan abah ktorgnya van sewa.. hikhik..  perjalanan melintas pekan kundasang tu dh membuatkan aku tanam impian utk dtg ke kundasang u lihat kebun2 sayur dan panjat gunung kinabalu.. 

2 jam lamanya jarak antara ranau dan kk.. akhirnya tiba dihadapan one borneo.. sbb ktorg menginap u mlm terakhir di sabah nih di Tune Hotel.. ktorg check-in jam 2 ptg tu u letak bag dan test katilnya trus kluar ke bandar kk untuk bershopping sourvenir juga makan malam ~ seafood!!!.. 
ktorg amik  presedential suite kan?kan?

sebenarnya shopping sourvenir adalah aktiviti last day sblm balik, patutnya ke kawasan Donggongan, Penampang u ke Pusat Kebudayaan Monsopiad, memandangkan dh lewat tiba diKK.. aktiviti hari ke 4 dibwa ke hari 3 dan sebaliknya.. aktiviti shopping sourvenir berjalan lancar dgn kata2 manis tawar menawar dr mutiara, gelang manik, sumpit hinggalah ikan kering.. semuanya hadiah u BF/GF.. u bos.. mak abah.. opis mate..
time lewat petang kat sini juga kitorg berpeluang melihat sunset yg sgt cantik ciptaan-Nya.. syukur!!

sunset yg amat cantik...
seafood eating time!!
mlm tu seperti yg dh dirancang awal2 nak makan seafood kat area waterfront.. malangnya dh ditutup kawasan tu untuk projek pembangunan.. sgt frust la plak kan.. sbb dh la kena jalan jauh dr pasar filipine.. penat shopping.. ngan tgn yg penuh ngan beg plastik.. last2 atas nasihat org tempatan yg jd guide kami.. dia bwk la ktorg masuk celah2 bangunan kat kk tu smpi satu tempat yg entah apekenamanya.. yg aku cuma igt perut aku nih.. ngan barisan seafood yg akan masuk ke tekak seterus nya mengenyangkan isi perut aku.. masa makan2 ktorg dipersembahkan tarian2 kebudayaan etnik2 utama di Sabah nih.. aku pun x igt ape nama tarian.. sbb bile aku dh mula makan.. mak mertua lintas sambil wat aksi sengal aku wat tak pedulik.. nasib la.. huhuhu.. ops.. terlebih suda.. hikhik.. (penafian : aku jd begini bila jumpe seafood jer.. time2 lain aku amat sopan yer!!).. 

makan.. eat.. kenyang..
lastday 2 Nov 2008

seday la wei ari last nih.. nak tinggalkan Sabah.. sbb byk benda dan tempat x explore lagi.. rasa cm nak tambah ari lagi la.. apekan daya.. bukan aku sendiri byr gaji diri sendiri.. pg2 lagi ktorg check-out untuk pastikan sampai ke Pusat Kebudayaan Monsopiad di Penampang, sbb diorg ada dance show kol 11 pg.. ikutkan jadual diorg timing u dance show.. 9 pg, 11 pg, 2 ptg dan 4 ptg..
dr kk ke penampang aku rasa ada la dlm 1 jam perjalanan.. memula naik public bas dan naik lagi van sapu.. kat Monsopiad ni byk masa dihabiskan untuk mengenali siapa itu Monsopiad dan aktiviti di perkampungan nih.. 

the worrior of the day...
lama gak kat cni sblm kembali ke kk untuk ke Muzium Negeri Sabah plak..  kat muzium ni plak.. lagi banyak info pasal suku2 yg ada kat Sabah nih.. x silap aku dlm 50+.. yg best kat muzium tu.. kat tgh2 muzium ada rangka tulang ikan paus yg penah mati di perairan Pulau Gaya.. mmg besar begadak.. agak2 muat sebiji motobot kalo ikan tu igt motobot tu sebahagian diet dia.. tp sbb dh penat sgt dr monsopiad dgn naik bas.. kat muzium tu x semua tpt sempat pergi.. ktorg trus kembali ke pasar filipina u shopping u tempoh waktu kecederaan sblm ke terminal LCCT di airport KK untuk pulang flight kol 8.05 min.. jelas kelihatan beg sandang yg sgt2 sendat ngan beg plastik/kotak berisi sourvenir dan ikan masin je yg dpt dibwa balik selain gamba2 yg sempat disnap.. tepat jam 8.15 min.. AK5115 berlepas dr KK menunju ke KLIA.. bye2 Sabah.. aku kembali u backpackers trip yg lagi mencabar..