Saturday, April 16, 2011

MH8888

Satu sejarah baru bg Malaysia Airlines apabila menerima baby besar yg terbarunya iaitu pesawat A330-300. Rego 9M-MTA sebenarnya dah mendarat buat pertama kali di KLIA awal April dan terus ke hangar untuk persediaan majlis rasmi penerimaannya yang dilangsungkan dengan gilang gemilang pada 14 April 2011. Aku cukup bertuah menyaksikan kedua-dua event tersebut kerana.. err.. korang sendiri la pikir.. layan pic yer!!



9M-MTA nama diberi


MH8888 cleared to land..

Maka tiba la harinya.. 14 April 2011.. hari gilang gemilang bagi MAS, dimana acara rasminya menerima serta ditunjukkan kepada wakil2 media baby baru mereka ini. Acara bermula dengan melakukan penerbangan sulung dengan membawa wakil media, stake holder dan MOT selama 30 min pada paras 3000ft mengelilingi Lembah Klang cuci2 mata sebelum kembali ke KLIA. Itu pun dh delay dekat 40 min gak la. Agak2 dalam 1140lt 9M-MTA mendarat dengan selamat untuk event rasmi bg kapal terbang yang pertama kali mendarat iaitu water cannon salute ceremony..


suriram.. ram..ram suriram..ram..

setelah itu kapal terbang itu dibawa masuk ke hangar 5 MAS untuk acara seterusnya.. lantakla diorg.. tapi bila dh berdiri dpn kapal terbang yang baru, maka aktiviti utama adalah.. bergambar.. apa yang aku blaja dari aktiviti bergambar kali ni dr kak wan ialah.. berdiri senget untuk mengelakkan dr nampak gemuk!!



tak dpt naik, bergambar kat tangga pun jadi laa..



tak dapat pilot, stewardess pun jadi.. kan nal?



pose senget, tak nampak gemuk kan?

No comments: