Friday, May 08, 2009

dua ringgit..

tiap kali aku dgr org bercerita pasal dua ringgit.. masti aku teringat pasal mat despatch kat majalah ujang.. sket2 nak mintak dua ringgit.. kdg2 sbg upah.. wat blanje makan awek.. dating ngan kambing dia.. bkn bos jer jd mangsa.. dr bos.. ke secretary.. awek pun dia pau.. hikhik.. tapi sekurang2nya dia mintak cara baik kan.. wpn kdg2 ada unsur2 paksaan manja.. itu kisah klakar dua ringgit..

bak dua ringgit!! aku nak blanja makan kambing aku!!

tapi,
news ari ni menambah satu lagi igtan aku pasal citer 2 ringgit.. sedih pun ada.. bertambah geram pun ada..
korang tentu ada bacakan newspaper 8/5/09.. front news utusan malaysia.. sama2 la kita pikir.. ape kita perlu buat.. adakah balasannya perlu setimpal??

Hanya kerana RM2...


Mohd. Syawal Nabil, 8, menyiram air mawar di pusara ibunya, Saripah Mohd. Noor yang terbunuh selepas diragut kelmarin, disaksikan kakaknya, Nor Idayu, 12, dua orang adiknya Siti Najwa, 2 dan Nurul Akmal Alisa 6, di tanah perkuburan Kampung Kok Bedullah, Tumpat, Kelantan, semalam. – Hafiz Johari


TUMPAT 7 Mei – Ibu hamil yang terbunuh dalam kejadian ragut di Kampung Padang Raja, Jalan Melor-Ketereh, Kota Bharu semalam, tidak menyimpan wang yang banyak di dalam begnya - hanya dompet usang berisi RM2.

Apa yang menyedihkan ialah wanita malang itu, Saripah Mohd. Noor, 34, berhasrat untuk menggunakan wang tersebut yang dipinjam daripada saudaranya bagi membeli makanan ringan buat anak-anaknya.

Malangnya, beg tangan yang disandang mangsa semasa menunggang motosikal bersendirian sejauh 60 kilometer dari rumah ibunya di Kampung Kok Bedullah di sini ke rumahnya di Kampung Jel, Repek, Bachok menjadi sasaran peragut sehingga mengakibatkan dia terbunuh.

Menurut ibu mangsa, Hashimah Hussin, 54, allahyarham sebelum itu meminjam wang RM5 daripada seorang menantunya untuk pulang ke rumah bagi mengambil salah seorang daripada tiga anaknya yang ditinggalkan bersama suami.

“Dia (Saripah) langsung tak ada duit, dia minta dengan makcik tetapi makcik juga tak berduit. Dia pinjam RM5 dengan adik iparnya untuk mengisi minyak motosikal.

“Kemudian dia ke kedai untuk mengisi minyak RM3 dan bakinya RM2 lagi untuk dibelanja bagi menggembirakan anak-anaknya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kok Bedullah hari ini.

2 comments:

ija said...

aku pun risau pasal kes ragut maikn menjadi2 sekarang...

happyichigo♥ said...

kesian!