Tuesday, December 16, 2008

cmne nak kira dividen asb

aha.. ramai yg dh tau dividen ASB taun ni dia bg 7sen dan bonus 1.75sen setiap saham (satu saham ASB fixed rm1) tapi ramai yg kompius cmne pengiraan dividen dan bonus kan..

cmne nak kira DIVIDEN

pengiraan dividen diagihkan secara tahunan dimana jumlah baki minimum* setiap bulan antara Jan dan Disember tahun itu dibahagi kepada 12 bulan dan kemudiannya di darab dengan dividen yg diagihkan pada tahun itu.

cth:

Kes 1 (pelaburan yg tak terusik)
Mula melabur pada Jan 08 dengan RM100. Dalam tempoh 12 bln hingga Disember tiada apa2 penambahan dan pengurangan dlm pelaburan.(Maknanye dlm acct tu ada RM100 jer sepanjang tahun). Kadar dividen untuk tahun 2008 adalah 7sen sesaham.

Jumlah dividen 2008 = (jumlah baki paling minimum antara Jan-Disember)/12 x 0.07

Jumlah dividen 2008 =(100*12)/12x0.07 = RM 7

Jumlah dividen 2008 = RM7

*jumlah baki minimum - katakan la dalam salah satu bulan korang ada kuarkan RM50 dr Rm100 yg ada dlm acct tu.. pastu dlm bulan yg sama korang tambah RM100.. maknanya sekarang dlm acct tu ada RM150.. tapi dlm pengiraan dividen hanya baki minimum yg direkodkan dlm bulan itu akan diambil untuk pengiraan dividen. So baki min u bulan itu RM50.

Kes 2 (kdg2 mesti kita akan tambah atau keluarkan pelaburan.. duit tu nak guna wat downpayment ke.. takpun duit potongan gaji yg kita masukkan tetiap bulan.. secara x langsung effect pada baki min bulanan)

pengiraan masih sama..

Jumlah dividen 2008 = (jumlah baki min antara Jan - Dis 08)/12*0.07

katakanlah jumlah baki minima sepanjang tahun itu RM3500

Jumlah dividen 2008 = (100 + 200+300+ ....+250+300+150= rm3500)/12*0.07

Jumlah dividen 2008 = RM20.42

next!!!!!

cmne kira bonus plak

bonus plak dikira jumlah baki min selama 10 tahun (120 bulan). Org yg dh melabur lebih 10 tahun sgt2 beruntung sbb baki min selama 10 tahun tu dikira u pendapatan bonus.

cth. tahun ni.. bonus yg diagihkan ialah 2 sen.. dan anda mula melabur RM100 sebulan selama 10 tahun x penah tambah/kurang pelaburan.. dipendekkan cite.. jumlah baki min bulanan selama 10 tahun (jan-dis selama 10 thn) tu adalah rm 214180 (bykkan?TAPI tu adalah jumlah baki min sepanjang 10 tahun..aku dh kira)

jumlah agihan bonus 2008 = (jumlah baki min bulanan selama 10 tahun)/120 *2%

jumlah agihan bonus 2008 =(214180)/120*2% = RM35.80

katakan la baru setahun melabur.. dan kita amik kes 1 sbg contoh.. jumlah baki bulanan min adalah rm3500

jumlah agihan bonus 2008 = (rm3500/120)*2% = 0.58sen

sebenarnya melabur dalam saham amanah ni sgt menguntungkan.. buat jangkamasa panjang.. dan tiada risiko kerugian. kita mulakan melabur hanya rm100 setiap bulan itu pun dh memadai.. lebih lagi bagus.. kalo ada bonus gaji masuk untuk yg mampu.. agar dpt lebihan pulangan.. BONUS plak akan bgi byk manfaat pd pelabur jika tak mengusik simpanan sejak 10 tahun yg lalu. Selamat Melabur.

p/s: aku menulis berdasarkan pengalaman aku praktikal selama 4 bulan di ASNB.. selama itu aku di tempatkan di JPPA.. jabatan perhubungan pelanggan dan agen.. sbb tu la aku tau cmne nak kira.. tp kalo ada salah harap tegur..

No comments: