Wednesday, November 05, 2008

Musim Haji..

aku yg kerja kat airport nih sudah pasti kena tempias suasana kedatangan musim haji.. alhamdulillah tugas aku ni sekurang2nya aku dpt pastikan pergerakan "tetamu-tetamu istimewa ke Tanah Suci Mekah" berjalan ngan lancar.. aku bersama2 officer KLIA Airside ni bertugas untuk pastikan bas2 yg membawa ayah2, ibu2, atuk dan nenek serta saudara2 selamat tiba ke pintu masuk kapal terbang yg akan membawa pulak mereka terbang ke tanah suci mekah...

ktorg kena escort bas2 yg jumlahnya dlm 13-14 buah(panjang tu!!) sbb laluan ke terminal untuk jemaah haji ni akan lalu atas taxiway kapal terbang yg kadang2 ada kapal terbang lintas.. so ktorg akan pastikan pergerakan bas2 ni terkawal pada masa yg sama x kacou kapal terbang yg melintas.. satu lagi jalan2 dlm airport ni byk pantang larangnya x sama ngan jalan2 kat luar so mesti ada org yg guide..

masa escorting aku terbygkan betapa bangganya dpt bersama2 menghantar para jemaah ni.. sampaikan aku sendiri rasa sebak dn gembira melihatkan wajah2 "tetamu Allah" nih.. aku terigat masa aku menghantar parent aku g haji dulu..perasaan yg sama yg aku rasa.. aku doakan mereka ini pergi dn pulang dengan selamat.. semoga mendapat haji mabrur serta diberkati oleh-Nya..

1 comment:

PerantauSepi1306 said...

alhamdulillah moga-moga mendapat keberkatan jugak sebab menolong mereka ke rumah Allah ;D