Tuesday, November 11, 2008

20 cara tambat hati wanita.

Dengan bangganya aku tujukan en3 ni buat aku dan sahabat2 seperjuangan aku.. (esp adi)..  tq juga pd masterji aku.. en laloque.. hikhik..

Bagi lelaki yang merasa dirinya sukar memperoleh perhatian dari seorang
wanita, jangan khuatir dan menyesali keadaan.  Bukan bererti anda tidak
memiliki daya penarik, tapi kaum wanita lebih tersentuh oleh tindakan nyata
dan mungkin anda tidak memilikinya.  Maka pelajarilah apa yang membuat
wanita merasa kagum dan yakin bahawa anda adalah lelaki yang boleh memahami
dirinya.


1. Setibanya di rumah, carilah dia terlebih dahulu sebelum melakukan
hal-hal lain dan peluklah dia.
2.Ajukan pertanyaan-pertanyaaan khusus mengenai harinya, yang menunjukkan
keperihatinan anda tentang apa yang dilakukannya contohnya "bagaimana
dengan kerja hari ini?"
3.Berlatih mendengarkan dan mengajukan pertanyaan.
4.Tahan godaan untuk menyelesaikan masalah-masalahnys.Sebaliknya, cubalah
untuk merasai situasi yang dihadapinya.
5.Berilah dia perhatian penuh selama 20 minit (jangan membaca akhbar atau
memperhatikan hal lain selama waktu tersebut).
6.Berikan dia bunga-bunga sebagai kejutan ataupun pada hari istimewanya.
7.Rancang aktiviti bersamanya, jangan menunggu hingga hari Sabtu untuk
bertanya padanya apa yang ingin dilakukannya.
8.Ketika dia sibuk, tawarkanlah bantuan contohnya meyediakan makan malam,
menjaga anak dan sebagainya.
9.Pujilah dia di atas penampilannya.
10.Hargai perasaan-perasaannya jika ia marah.
11.Sekiranya anda akanpulang lewat, telefonlah dia dan beritahukan padanya.
12.Jika dia meminta bantuan,katakan ya atau tidak tanpa membuatnya merasa
bersalah kerana meminta bantuan itu.
13.Jika persaannya terluka, tunjukkan simpati anda.
14.Apabila berbicara dengannya, letakkan akhbar ataupun matikan televisyen
dan berilah perhatian penuh kepada dirinya.
15.Kalau sekiranya dia selalu mencuci pakaian, sesekali tawarkanlah
bantuan, terutama jika dia kelihatan penat pada hari itu.
16.Perhatikan bila dia marah atau penat, tanyakan apa yang harus
dilakukannya. Kemudian tawarkan bantuan dengan melakukan beberapa tugas
yang menjadi bebannya.
17.Sewaktu keluar, tanyakan kalau-kalau ada yang ingin dibelikan dan
ingatlah untuk membelikan permintaaannya itu.
18.Peluklah dia paling kurang empat kali sehari.
19.Telefonlah dia dari pejabat untuk bertanyakan keadaannya
sekurang-kurangnya sekali sehari.
20.Bantunya membereskan tempat tidur dan bersihkan bilik.


biar  den ponat pun janji den dapat bahagiakan ekau... muackkss!!

3 comments:

zach said...

21. Jangan lupa bg duet cukup, makan cukup, make up cukup, baju cukup dan paling penting, bawa dia ke pusat penjagaan badan spt marie f.bodiline, slimworld dan sebagainya. (suri rumah gmuk sbb kne makan bile husband makan!jahatnye..)

mYeQa said...

lupe laks nk tanya..ekau tue sape? pnat eh? olololo..sian dier.

elyn said...

muahhha sejak bila buat prepare nih??