Friday, August 15, 2008

KLIA Airside Safety Operation Unit

Pagi yg indah.. permulaan baik satu hari dlm menempuh hari2 mendatang...




sunrise kat dpn opis KLIA Airside Operation Unit


Orait seperti yang dijanjikan...

aku kat atas runaway 14l.. cari ARP ( aerodrome ref. point)







ni reza.. safety officer paling kecik serta paling muda kat airside nih... kaki rempit nih!!




memperkenalkan nih la keja aku.. duty exec untuk shif delta.. keja duty exec nih responsible terhadap operasi safety kawasan aerodrome klia.. kalo nak tau pe tu aerodrome iaitu.. dlm annexe 14 icao.. aerodrome merujuk kepada.. " a defined area of land or water (including any buildings, installations or equipments) intend to be used either wholly used as arrival, departure and surface movement of aircraft. kawasan2 yg tersebut ialah runaway(landasan untuk aircraft berlepas/mendarat), taxiway(laluan aircraft bergerak didarat yg menghubungkan runaway dengan apron/bay) dan apron/bay (tpt aircraft parking daaa..)

bagaimanapun aerodrome adalah sebahagian dr kewujudan airport.. mesti kompiuskan.. aku memula masuk keja pun igt aerodrome to airport.. nasib laa korang paham ke tak..


maka dgn itu segala tanggungjawab keatas keselamatan pengguna aerodrome terletak dibahu airside operation. kawasan2 ini perlu dipastikan tiada F.O.D (foreign object debris).. ayat simple n ayat org kg~sampah.., wa'ima sekeping kertas pun, ini untuk memastikan aircraft tidak terjejas akibat enjin tersedut sampah atau tayar terlanggar skru yg akan memungkinkan kemalangan.. sape tau?? so tugas airside ops ni adalah untuk memastikan benda2 yg boleh menyebabkan kemalangan boleh berlaku dielakkan... mencegah sebelum menjadi malapetaka.. mmg itu dh jadi rutin setiap kali masuk keja geng2 kat airside operation.. semua sudut keselamatan kami pastikan ianya selamat..

kalo korang penah tgk dokumentari pasal aircraft disaster kat national geographic channel.. kdg2 ada brg2 kecilpun yg kita x sangka2 leh jd penyebab kepada malapetaka pada kapal terbang.. tu benda yg sgt2 ktorg jaga.. sbb kapal terbang ni sgt sensetif dan kalo berlaku benda x elok.. mmg dahsyat la.. lagi satu.. sbb kapal nih mahal~baik maintanance atau pun ganti rugi....

tugas yg paling mencabar.. masuk ke dlm landasan kapal terbang.. sbb ktorg akan buat inspection diantara masa2 aircraft tgh berlepas atau mendarat...

kat kawasan landasan ni plak.. selain pastikan landasan ni tiada FOD... ktorg tgk gak pada marker/tanda2 pada landasan(ala cm atas jalan raya gak.. cm ada garis putus2..) agar pilot nampak ngan jelas bile nak landing atau nk berlepas samada masih boleh nampak ngan mata kasar atau perlu maintanance(cat balik)..

tp lagi best time buat inspection pada waktu malam... pehh.. situasi cm time raya pun ada gak.. mcm2 kaler lampu leh nampak ada merah. ijao, oren dan putih.. sbb nya nampak lampu kat atas landasan menyala untuk guidence pada pilot... kalo benda2 ni x function susah pilot nak landing.. ada kes kapal terbang terlajak masuk longkang kat cni dlu sbb benda2 ni x terjaga..




nih report harian yg bertulis.. 08.08.08!


untuk memahami dan ikuti segala2 aspek keselamatan ni.. duty exec kena pastikan mengikut pada apa yg tertulis pada icao manuals, malaysia civil aviation act 1969, klia sepang aerodrome manual dan recommendations dr annexe 14. pada masa yg sama implement ASU SOP untuk operasi harian. so.. setiap kali akhir shif.. kena wat report operasi harian..

tu la keja aku wat masa nih.. selain dok memaksa diri memahami segala mala dokumen esp annexe 14 dn klia aerodrome manuals.. SOP (bukan sup yg leh hirup.. standard ops. prosedure) wajib tau.. cuma aku try pendekatan turun ikut wat inspection untuk memahami SOP kat sini.. pengalaman masa inspection byk membantu.. nak baca.. huh.. seminit jer baca.. aku dh 3-4 kali menguap!!

tu lom lg kena lagi pahamkan "falsafah" yg ada aerodrome nih.. sbb pe kena ada line ada line putus2? sbb pe kena ada line kaler kuning/putih? kenapa ada lampu kaler2? sbb pe stewardess airasia pakai bj kaler merah.. hahaha!!huh.. igt diorg suka2 letak... spe tau tlg jwb.. lu pikiaq sndiri..

ermm.. secara ringkas aku citekan pasal keja kt airside nih.. tu baru mukadimmah yg aku blaja.. byk lagi aku kena harungi pas ni dan yg leh aku share nanti..





aku pun dh menguap dh nih gak.. keja shif mlm aaa ari nih... nanti aku citer pasal perangai org2 dlm shif delta plak.

5 comments:

ija said...

errrr..apa yg ko merepek kali ni rep?aku ngak mengerti sihhhh..yg nyata, ko kelihatannya kurus..apakah kerna ko sering ribut2an atas landasan yaaa?

bubbleblu said...

echo baru merangkap pengurus airside motel yang POYO

ichigo said...

wah hemsem ko ngn keje baru ko skrg ni..alhamdulillah!

PerantauSepi1306 said...

hiks.. sgt shanteks itu sunrise capture, K.. jeles akak..dun worry too much.. alah bisa tegal biasa.. (hmmm btul ke peribahsa neh, kruk.. kruk...)

syauqi said...

salam. r u working at klia airport. with mahb. i need to know information about action taken to find and get rid of FOD at klia airport or other airport in malaysia. this is for my assngmnet. please help me k. tq so much. balas kat email sy k msyauqiz@gmail.com