Sunday, July 06, 2008

kesian...

td aku tgk berita pasal pekerja2 kilang niko kat penang yang diberhentikan keja atas alasan pihak pengurusan terpaksa memberhentikan operasi kerana tidak lagi mampu untuk menanggung kos operasi harian.
kes satu..
ibu tunggal yg menanggung anak2 yg masih sekolah dan ada anaknya yg masih lagi kecil juga ada yg mengidapi penyakit.. malah dia juga disyaki menghidapi sakit jantung..
kes 2
ibu tunggal yang terpaksa menanggung anak2 nya yg masih sekolah dan ada anaknya terpaksa berhenti skola...
kes 3
ibu tunggal.. tiada kerja.. tp sape yg nak tanggung perbelanjaan harian.. hutang piutang pinjaman rumah dan kenderaan..

persamaan mereka..
- ibu2 tunggal
- pendapatan bekerja dikilang ~ basic hanya RM 400
- sudah berumur..

masalah mereka..
- hilang pendapatan
-tidak ada tempat bergantung untuk meneruskan hidup
- tiada kilang yg mahu mengambil mereka bekerja atas faktor umur..

aku rasa kesian atas kejadian ini.. SBNRNYA ADA byk faktor2 makro serta micro serta analogi2 yg relevan yg boleh menjawab persoalan ini..
1. menyebabkan syarikat mereka terpaksa menutup operasi ~ ie... faktor2 ekonomi setempat, faktor politik tempatan dll...
2. kepada siapa pekerja2 ini hendak mengadu? menjadi miskin di tanah kelahiran sendiri.. yg miskin.. menjadi miskin tegar.. mana perginya pemimpin2 rakyat yg katanya boleh membantu mereka ini.. adakah mereka ini hanya 3 org dr 21 juta rakyat malaysia..hanya bilis...adakah perlu menunggu wakil rakyat yg menang saja yg trn membantu.. yg kalah hanya menunding jari pada wakil rakyat yg baru.. "aha.. itu kerja ko la!! " kenapa terpaksa menagih kerja di syarikat lain..

dari semua diatas.. aku cuma memikirkan.. kalo aku pun sblm2 ni x stabil lagi mengubah cara hidup kesan dr ekonomi yg dulu.. kini.. terpaksa mengubah lg cara hidup.. tp nak ubah cmne lagi.. dr takkan nak makan dr 3 kali sehari ke 1 kali sehari? atau.. kalo dulu beli milo 2kg untuk sebulan.. kini sbb alasan nak berjimat.. beli jer milo 500 gram jer.. minum pun skali skala.. ermm.. kena catu itu.. catu ini.. sampaikan nanti.. mungkin.. tokei milo pun rasa rugi buat milo.. sbb org catu beli milo.. kos operasi nak keluarkan milo melebihi pulangan jual milo.. tutup lagi kilang.. ntah la..
aku bukan rasa x syukur.. tp rasa kesian pada org yg taraf idupnya lg rendah dr aku.. aku percaya.. mereka ini mewakili populasi yg paling@sangat ramai lebih dr 60% rakyat malaysia.. bygkan.. sorg bapa.. dia saja yg bekerja menyara anak2 yg masih kecil dan bersekolah.. nak bg makan.. sekolahkan anak.. blanja bahan2 asas.. hutang loan uma.. aku yakin dgn situasi sekarang.. bapa ini amat tertekan seperti mana yg aku rasa.. mybe lebih.. maka nanti.. ada la anak2 dia yg terpaksa benti blaja.. sbb kena gak cr duit nk bantu keluarga.. itu bukan OKU.. ibu tunggal.. berapa la sgt gaji mereka2 ini..
aku bukan nak kondem kerajaan.. mungkin diorg ada formulasi untuk mengatasi masalah ini.. cuma formulasi itu tak kena dgn situasi sekarang.. rakyat dihimpit di kiri dan kanan, atas dan bawah.. mungkin masa2 sekarang.. keperluan rakyat perlu diutamakan.. pelan pembangunan masa panjang.. i.e. projek2 bernilai tinggi dan bersifat jangka panjang~ koridor2.. mungkin boleh tangguh dulu dlm tempoh2 genting ini.. buat semula asas kepada pembangunan negara dan rakyat.. sbbnya.. asas yg kukuh yg ditinggalkan oleh pemimpin dulu tak lagi mampu nak tanggung pembangunan2 mega yg bermacam2.. asas itu perlu diperkukuhkan lagi untuk satu jangka masa sebelum pembangunan mega yg dirancang oleh pemimpin baru ini dpt diteruskan..
kita... sbg rakyat.. yg memberikan mandat.. telah memberi harapan.. dan sentiasa berharap pulangan yg baik pada kita..
kesian la pada kami... kita.. saya.. kitaorg!!

4 comments:

SUZIE APAI said...

bapak pintar ko sjk dua tiga menjak ni..aku pun sian rep kt ibu tunggal tu...ko amik le sorg wei

PerantauSepi1306 said...

ye rep.. akak pun berpendapat yang sama.. malah rasanya ramai lagi ikan bilis cam kita ni berpikiran yang sama..

bukan kita menolak kemajuan, tapi kemajuan tu biarlah bertempat.. tatkala ni kemajuan sara hidup lebih penting dari kemajuan infra....

entahlah.. kalo terlebih cakap dilabel menghasut, kalau tak bercakap rasa rimas perut..

Lu_Riaz said...

HIdupppp REPPPPP!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!mINyak NaiK baRAnG Naik RAKYAT NaIK MInYak......Pandai ko skrg menyusun ayat2 heh...aku pun cadang kan ko amik la sorg ibu tunggal tue sebagai isteri tunggal ko...xpun ko amik jer cukup 4....cr ala2 anak mamik gitu...ahakkkk :-D

Lu_Riaz said...
This comment has been removed by the author.